Tuesday, March 3, 2009

loVe Or Not To LovE>.


Syttt..saya nak tanya satu soalan boleh tak? pernahkah kamu memancing ikan? kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? kalau tak pernah lihat pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?
baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing. sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.
akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan keatas. terkedik-kedik ia dihujung tali kail. kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. gembira benar hatinya. kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan. kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya. tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu kedalam air. eh, apa hal? kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persolan.
kamu rasa apakah yang akan dirasai oleh ikan itu?bolehkah dia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang sudah robek?sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, ia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin ia tidak mampu. ia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi.
begitulah juga, setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahajasebab dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.
sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis. tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.
kamu kena faham, cinta pertama kamu akan kekal bersama kamu sehingga akhir hayat kamu. ia ibarat gambar foto yang kamu ambil dan kamu simpan dalam album. ia kekal disitu meskipun ada banyak lagi gambar yang kamu ambil dan letakkan diatasnya. cinta adalah fitrah manusia. TUHAN menjadikan cinta untuk memberi keseronokan kepada hamba-hambaNYa menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta. kenapa jadi begitu??
jika kamu sedang bercinta sekarang ini, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu itu kerana TUHAN. hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku da akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.
maka itu, saya juga hendak menasihati kamu jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dahulu. jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. sebab perbuatan yang begini akan hanya menghabiskan masa dan membazirkan air mata.
saya juga ingin menyatakan, jika kamu memancing, teruslah ambil ikan itudan bawa pulang. kerana itu lebih baik daripada kamu memasukkannya kembali ke dalam air kerana perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita.
pernahkah anda menjadi seperti ikan itu?

3 comments:

kak dee said...

huhu....

et said...

mmm...sungguh mendalam kate2 nih..
leh amek iktibar nih..bgos3

joegrimjow said...

xbaca abes,,,

take time
nanti2 akan ok la tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...