"Api neraka panas tak?'Soal si Mamat kepada Abu pada suatu petang yang hening.
'Mestilah panas.Dah namanya api.Tapi kat neraka apinya xsama macam dunia.Kenapa kau tanya?Mamat menggaru kepala.Sengaja dia mengerutkan dahi menunjukkan kekeliruannya.
'Ko yakin ke api neraka tu betul-betul panas?Err..syaitan tu asalnya dari apa?'Ujar Mamat bertanya lagi,sengaja menambah kusut di di hati Abu.Abu mengangkat kening.Rimas dengan soalan Mamat yang merapu-rapu macam orang yang tak pernah belajar agama.
'ish..dah tentu daripada api juga.Kan ustaz selalu sebut masa kelas.'Dengus si Abu.
'Habis tu,nanti,syaitan pon akan dibakar dalam neraka kan?dah dua-dua dibuat daripada api,syaitan tu terseksa ke duduk dalam tu?Macam tak ada kesan je'Mamat cuba mempersoalkan situasi itu.Giliran Abu pula mengerutkan dahi.Sudah tidak tidak ada jawapan untuk diberikan kepada Mamat yang suka bertanya soalan yang bukan-bukan tanpa cuba memikirkan hikmah yang terkandung di dalamnya.
"kalau nak jawapan,pergilah tanya Tok imam.Dia mesti lebih tahu tentang ini' Cadang si Abu kepada Mamat.Mamat hanya tersenyum sinis.
'Aku xrasa Tok imam boleh jawab soalan ni'Berjalanlah mereka berdua ke surau untuk menemui Tok imam.Kebetulan Tok imam baru sahaja menyarung selipar,mahu pulang ke rumah usai solat asar.Mamat dan Abu terus menemui Tok Imam dan bertanya tentang apa yang mereka debatkan itu.Sejurus kemudian,Tok imam mengutip ketul-ketul tanah lalu membaling kepada kedua-dua mereka.Mamat dan Abu terkejut.Sudahlah tidak memberi jawapan,malahan dibalingnya pula mereka dengan batu.Sungguh tidak patut.
'Tok,kenapa baling tanah tu kat kiteorang?kalau tak nak jawab pon,tak payahlah buat macam ni.'Tok imam tersenyum simpul.Dia berhenti membaling ketulan tanah itu kepada mereka,lalu berkata,
'Inilah jawapan Tok.Manusia pon dibuat daripada tanah.kalau tok baling kamu dengan tanah ni apalah sakitnya."Sakit Tok.Habis bengkak badan kami'.mamat membalas sambil menggosok-gosok lengannya.
'Macam tu jugaklah syaitan yang diperbuat daripada api,merasa sakitnya apabila dihumban ke neraka kelak'Tok Imam masih tersenyum,lalu berjalan meninggalkan mereka berdua yang masih terpinga-pinga.