Sunday, June 13, 2010

..Hikmah kegagalan..


'Pagi2 jangan masam muka'

Tegur emak bila melihat mukaku masam mencuka.Aku cuba tersenyum.Kelat.Mak tahu agaknya,hati aku masih mendung macam hari sebelumnya.Aku ekori langkah mak,masuk ke bilik.Pagi-pagi begini,biasanya aku gunakan untuk bersembang dengan mak.Mood masih segar,mungkin..

'Mak..'

Aku terdiam.tak mampu untuk meneruskan kata-kata.Berita semalam seperti menghempap dadaku untuk bernafas dengan sempurna.

'Kadang-kadang kita dah usaha,tp kenapa kita tak dapat apa yg kita dah usahakan?

Aku cuba menyusun kata-kata dalam nada yang masih cuba ku kawal.

'Bukan rezeki kita.Kan yang bagi rezeki tu Dia'

Aku terdiam.Masih mencari kebenaran di sebalik kata-kata emak.Sukarnya untuk berlapang dada dengan apa yang menimpa,sedangkan perkara duniawi ini hanya sementara.

'Ada orang diuji lebih teruk daripada ni.Hilang ahli keluarga,harta,lagi teruk dari tu pun ada.Kita ni,Allah bg sihat tubuh badan,makan cukup,ada tempat tinggal.Dugaan ni kecil je.Nak suruh kita ingat Dia..'

Emak cuba merungkai kusut dalam hati aku.Sedikit sebanyak sudah kurang sedikit gundahnya.Betul kata emak.Banyak benda yang aku terlepas pandang selama ini.Nikmat yang Dia bagi bukan sikit.Ujian yang diberi cuma satu,tapi aku gagal untuk menerimanya dengan mudah.Tapi aku masih tak berpuas hati.

'Kalau tak usaha teruk-teruk pun,Allah masih nak bagi lagi ke nikmat kat kita?Rasa macam teraniaya je kalau kita dah buat sehabis baik,tapi masih tak dapat apa yg kita nak.Sedangkan ada yang guna cara kotor,tapi masih berjaya dalam hidup'

Aku memancing soalan,walaupun aku sudah sedia maklum jawapannya.Cuma mahu suara emak mengucapkan jawapan yang boleh mengurangkan persoalan dalam benakku.Barangkali.

'Rezeki masing-masing kakak..Ada yang Allah beri nikmat,walaupun pada hakikatnya,dia tak layak mendapat nikmat tu.Contohnya,orang yang fasik,suka buat dosa.Allah masih kekalkan nikmat dia,kaya-raya,sihat tubuh badan.Mereka terus hanyut dengan nikmat yang Allah bagi,sebab mereka ingat,Allah redha dengan apa yang mereka buat.Allah beri rezeki dalam keadaan marah.Bila datang bala,Allah musnahkan semua sekali,macam yag terjadi pada Qarun,Firaun dan Namrud'

Aku terdiam.Barangkali mengiyakan kata-kata emak.Mindaku masih ligat berfikir,mahu mencungkil hikmah yang tersembunyi dalam kegagalan yang aku hadapi.Tetapi aku amat bersyukur.Walaupun aku menghadapi kegagalan,Allah telah memberi nikmat lain yang tidak terbanding nilainya.Syukur di atas kelapangan yang telah dikurniakanNya untuk aku menerima kegagalan ini sebagai satu penanda aras dalam kehidupan aku.Segala yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya,supaya kita dapat melihatnya dari mata hati serta memikirkannya dengan akal.Jiwa yang kuat terhasil dari hikmah kegagalan sebelumnya.

..Dia lebih tahu,apa yang terbaik untuk hambanya..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...