Thursday, July 7, 2011

Ciri-ciri lelaki yang buat aku frust

Dah lama aku nak menulis dalam blog ni walaupun aku datang menjenguk setiap hari.Tapi setiap kali menulis 2-3 perenggan,ayat aku mati.Tak dapat nak meneruskan kata-kata.Bukan parkinson.Bukan.Tapi kering idea.Baru aku faham,kenapa dulu cikgu BM aku selalu ingatkan buat isi-isi penting sebelum nak buat karangan.ehe~

Straight to the point.Uhuk.

Sorry guys.Aku memang sengaja nak perli,tapi bukan untuk condemn siapa-siapa.Nope.Selama ni pon,asyik you guys je cakap pasal perempuan.Geli tengok perempuan gedik lah,anti legging di tempat awam lah.Well.Thanks a lot.Korang adalah golongan yang prihatin terhadap golongan perempuan sebenarnya.(tangan ke bahu,mata pandang atas)So,tak salah kan kalau aku cerita about GUYS in my point of view?


Nak tau ciri-ciri lelaki yang buat aku rasa kecewa?



1.The Advertisement guys.

Pernah tak korang tengok iklan McDonald? Dalam iklan , dia punya burger,salad,roti,fries.Phew.Memang nampak betul-betul segar dari ladang kan?Tapi bila dah beli korang mesti tarik muka.Yelah.daging burger dia kadang-kadang macam kena lenyek lori simen je.Tak sama macam iklan.Kecewa kan?Dalam iklan nampak lain.Dah beli nampak lain.Indah khabar dari rupa kalau nak senang cerita.

Same goes to The commercial ads guys.Kalau bab bercakap,memang nak yang superb je.Semuanya manis-manis belaka.

"Try la operate dada ni.Sure,you nampak nama you sorg je dalam hati ai"

"Alolo..Nanti Ai datang meminang yu,ai bawak konvoi mini cooper.Suka tak?Suka kan?"




Normal lah kalau perempuan suka bila ditimang-timang macam ni.Siapa tak suka.Tapi sayang sebab kadang-kadang mereka hanya diberikan harapan palsu.Tup..tup,bila sampai masa,harapan si gadis musnah berkecai dan janji cumalah hiasan di celah gigi .Jangan kata mini cooper,selipar lee cooper pon jangan harap si lelaki mampu nak beli.

Erk.Girls,Do not simply attracted even you are flattered.Aku tak cakap semua lelaki macam tu.Tak.Ada juga yang down to earth,sopan,berbudi bahasa dan berpegang pada janji even tak sekaya mana.(err.. kalau ada,kenalkan kat aku pliss..)


Tapi nisbah yang wujud mungkin 1 dalam 125.Mungkin.


2. The transformers guy.

Spesies ni memang selalu mengecewakan lah.Sebab transformers guy ni kacak-kacak belaka tapi mereka ini makhluk amfibia(maksud aku 2 alam).Senang cerita mereka ini gay lah,bengkok dan tak straight.Transformers guy ni kadang-kadang not completely transform.Ada yang kacak luar,kacak dalam,kacak dengar sini, tapi bercinta dengan si kacak juga.Aiyoh.Sudah pupus kah gadis-gadis cantik yang baik hati di dalam dunia ini untuk dijadikan teman hidup?Kasihan.Kami para gadis terpaksa bersaing dengan kaum berlainan jantina untuk mencari teman hidup.Thats not fair,isn't it?

*Keciwa guling-guling.



*tapi dia straight okay.

3.The chipsmore guys.

Hmm.Aku suka makan chipsmore,tapi aku tak suka chipsmore guys.Sebab apa?Sebab dia suka buat magik.Sekejap ada,tak lama pastu hilang,pastu ada balik.Bila ditanya sebab apa jadi chipsmore?Sebab BOSAN.

Ye.Lelaki mudah bosan.Kan?Kan?Sebab apa?Sebab perempuan membosankan.Yeah.Freaking truth.

Tapi kan,kadang-kadang bukan salah perempuan yang membosankan.Sebab nya,kadang-kadang bila sampai satu tahap perempuan ni betul-betul nak commit dengan relationship,si chipsmore guys ni mula lah buat magik.Tak nak tunjuk commitment,pastu hilang.Erk,dah susah payah mengurat,pastu hilangkan diri?

Hey,what the hell are you trying to do?Kalau taknak menghalalkan perhubungan tu dengan nikah,buat apa korang bagi harapan palsu.Dah bagi harapan berbunga-bunga,pastu bila perempuan dah bukak pintu hati diorang,korang belah camtu je?Pffttt.


Gambar ni buat aku lapar tengah-tengah malam


4.The Pinocchio Guys.

Siapa tak pernah menipu?Masa sekolah dulu,ada orang bagitahu aku,tak apa menipu kalau untuk kebaikan.Orang kata tipu sunat.Ada ke tipu sunat?Tipu,lepas tu dapat pahala?Isk..kalau dah bagitahu benda tak betul tu,menipu jelah namanya.Mana ada tipu sunat,tipu wajib,tipu makruh.suka-suka je bermain dengan hukum.Huh.

Yeah.Perempuan pon menipu.Tapi,memandangkan entri ni khas untuk lelaki , i'm just focusing about the single thing all men have in common: their love of lying.

Tak semua lelaki ni penipu kelas pertama.Ada jugak yang kelas ekonomi.Haha.Sorry,aku gurau.Okeylah.Aku akui, men lie often, but most times these are harmless lies that are said to protect their ego more than anything. Tapi kan,tahu tak kenapa pinnochio guys ni termasuk dalam golongan yang mengecewakan wanita? Because historically,pinocchio prone to telling lies, fabricating stories and exaggerating or creating tall tales for various reasons.

Macam mana tu?Selalunya,profession untuk make up stories ni majoritinya adalah perempuan?

Heh.Suka-suka je cakap perempuan suka make up stories.Lelaki kalau putar belit cerita,menipunya lebih handal tau.Kalau tak,tak ada lah kes lelaki yang dah berkahwin,mengaku bujang sebab nak pasang lagi satu.Lagi teruk kalau dia buat cerita,rumah tangga tak bahagia,untuk pancing simpati dari perempuan,padahal hakikatnya hidup dia dia bahagia je.Itu kes lelaki yang dah kahwin.Kalau yang bujang,lain macam jugak menipunya.Malas nak cerita.Huh.

"Hey,manade lelaki menipu.Kami bagitahu benda yang betul tau.Tapi,yelah,cuma tak berapa nak tepat"

Hello,kalau dah tak tepat tu,maknanya apa yang korang bagitahu tu salah.Dalam erti kata lain,korang tu menipu dan tak jujur.Kalau jawab soalan matematik,walaupun jawapan yang korang buat hampir tepat,tertinggal satu kosong pon dah kira salah kan?Betul tak cekgu matematik sekalian?

5.The 'kurang ajar ' guys

Well.Yang ni malas nak komen lebih-lebih sebab meluat.Tak berkenan aku dengan spesies anjasmaoun yang kurang ajar dan tak reti hormat orang,lebih lebih lagi orang tua.

"Kami lelaki memang dijadikan semulajadi kasar.Kenapa tak boleh nak terima pulak?"

Kasar itu boleh terima ,tapi bukan kurang ajar.Kurang ajar itu biadap,dan tak reti hormat orang lain.Bercakap benda-benda kotor,lepas tu perangai pon macam kambing gurun.Kalau nak bergurau pon,kena lah tengok orang.Tak semua girls boleh terima gurauan kotor atau aksi sumbang korang tu.Dasar pervert.Huh.Dah lah pervert,tak reti hormat orang tua pulak tu.Ini menjadikan mereka salah satu spesies yang patot dibenci.


6.The 'tak jaga solat' guys.(Tak ada istilah menarik untuk golongan ini)

Kenapa aku cakap pasal solat?Sebab ini adalah benda paling basic dalam hidup beragama selain mengucapkan 2 kalimah syahadah.Kalau tak solat,sama lah dengan orang yang meruntuhkan agama.Nak buat reban ayam pon kena ada tiang untuk sokong,even design macam kapal karam.Kan?

"Eh,kami ni even tak solat,tapi hati kami baik tau!"

Haih,marah nampak?Memang la hati korang baik.Tapi kalau nama korang Ah Seong ke,Lai Kim Lee ataupun Gunasegaran,aku amat berbesar hati.Tapi,nama korang sikit punya baik maksud dia,tapi tak solat.Ish~Aku pon tak boleh nak kata apa.

Bukan ke yang membezakan islam dengan agama lain adalah solat?Dah mumaiyiz kan?Takkan tak reti-reti lagi nak solat.Ngurat awek terer pulak.Huh.

*Double triple frust bila ada lelaki yang sibuk main DOTA or melepak selamba hensem kat starbucks time orang lain tengah khusyuk dengar khutbah jumaat.

Wahai para lelaki sekalian(yang berkenaan).Macamana anda nak jadi imam dalam keluarga kalau solat 5 waktu pon susah nak jaga.Well,kalau you guys kecewa dengan perempuan tak pandai masak,kami yang perempuan ni double trouble kecewa dengan lelaki yang tak jaga solat.Tak jaga dah satu hal ,ada jugak spesies yang langsung tak peduli dan tak pernah solat.Isk.Serius fail.



akhir kata:Banyak sebenarnya lagi yang aku nak cakap.Tapi,kalau listkan lebih-lebih,alamatnya tak berlaki lah aku sampai ke tua.*sigh.






5 comments:

jan.naimah said...

wah! byk nye name...first time jmpe... (:

Bakteria Baik said...

..sama laa..baru firts time jumpa gak..haha..

razierahiem. said...

same wif me. :(

Anonymous said...

..nice word bakteria..kekeke

Bakteria Baik said...

ahaha...thanks orange..i'm flattered...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...