Monday, February 23, 2009

7 keajaiban dunia yang kite lupa..


Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari "Tujuh Keajaiban Dunia." Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak-sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:



1) Piramida

2) Taj Mahal

3) Tembok Besar Cina

4) Menara Pisa

5) Kuil Angkor

6) Menara Eiffel

7) Kuil Parthenon



Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya. Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih keranasangat banyak." Pensyarah berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya." Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, "Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah,



1) Dapat melihat,

2) Dapat mendengar,

3) Dapat menyentuh,

4) Dapat menyayangi, Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,

5) Dapat merasakan,

6) Dapat tertawa,

7) Dan, Dapat mencintai



Ruang kuliah tersebut sunyi seketika. Alangkah mudahnya bagi kita untukmelihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban". Sementarakita lihat;semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "biasa". Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.



Subhanallah!

permata...

Semalam aku mimpikan mak..Tengah malam dalam pkul 2 pagi aku terjaga dari tidur.Tanganku terasa kebas kerana aku tidur berbantalkan lengan..Kalau di rumah.mak akn kejut kalau aku tidur menghempap lengan..aku duduk dan berfikir panjang..macam-macam persoalan timbul di benakku..sihat kah emak?ayah?Tiba-tiba hatiku dipagut sayu..rindu.Pagi-pagi selepas waktu pejabat bermula,aku terus menelefon emak..suara emak di hujung talian kedengaran ceria..rindunya...
Mak selalu pesan,jaga diri di tempat orang..Kalau kita buat baik dengan orang lain,i-Allah..Allah akan bagi balasan yang setimpal..
Mungkin sebab duduk berjauhan,aku jadi lebih menghargai orang yang aku sayang..lebih-lebih lagi,sepanjang praktikal ni,aku tnggal dengan family org lain,ak sangat-sangat rindukan masa bersama keluarga sendiri.Bila umur kita semakin dewasa,bermakna umur ibu bapa juga sudah meningkat.Waktu inilah kita berlumba-lumba untuk membalas bakti mereka.Tapi sayangnya,anak-anak muda zaman sekarang sudah hilang rasa hormat pada ibu bapa.Lebih menyedihkan ada yang lebih mementingkan teman wanita/teman lelaki berbanding ibu bapa sendiri.Nauzubillahiminzaalik..Jauhkanlah aku daripada sikap itu..Ibu bapa adalah permata yang paling bernilai...n tiada galang gantinya...

p/s Yakin ke kita kekasih yang kita sayang tu bole jamin kehidupan kita pada masa akan datang?

Monday, February 16, 2009

What About Now...

Dah lame rasenye aku xmenjenguk blog aku ni..Alhamdulillah..aku dah slamat menempuh ujian semester 4,n skarang aku dah pon start praktikal...sunyi rasanya...maybe sebab sebelum ni aku dah biasa hidup bergelumang dgn drawing,t-square,marker n segalanya...hmm..Rindunya suasana studio,hiruk pikuk kawan2...bebelan lecturer..
Skrg ni..suasana senyap..biase laa..dah namenye office..deal for the reality life bile kte da kije..
even ni cume praktikal..tp aku dpt rasekan..betape bestnye time kite jd student in campus life....Hidup aku semenjak praktikal ni bermula pukul 7pagi sampailah 10.30 malam..maybe aku da terbiasa tido lewat n kadang kala xtido langsung sebelum ni..sebab tu mule2 dulu..aku ssh nak tido awal..tapi dah lame2 biase


Wednesday, February 4, 2009

teringat masa dolu2


Sepanjang cuti semester,saya lebih suka menghabiskan waktu di rumah..terasa ketenangan itu padu bila bersama keluarga.Saya membesar di kampung,dan hidup dalam suasana kehijauan yang masih lagi terpelihara,jauh dari bingit kebisingan kota.Sewaktu kecil,saya sempat merasai zaman kegemilangan permainan tradisional macam tarik upih,ting-ting,batu seremban,lompat tikus n macam2 lagi..masa tu,sy lebih suka berpakaian macam lelaki ,kadang2 je sy sarungkan skirt atau baju gaun.Teman mainan yang paling rapat masa tu cuma abg saya.Semua benda kami nak cuba.Biasanya,lepas hujan,waktu petang,kami pergi memancing.Pancing kami simple je..cuma gunakan benang jahit mak dan mata kail ciptaan kami adalah jarum peniti yang dibengkokkan.Waktu tu,kami gunakan lipas hidup sebagai umpan..saya pun tak tau dari mana saya dapat kekuatan nak pegang lipas masa tu sebab sekarang ni saya sangat takutkan lipas.
Selain memancing,saya dan abang selalu juga main parit.orang-orang di tempat saya biasa menyebut'godak parit'.Biasanya aktiviti ini dilakukan lepas hujan.waktu tu,parit biasanya penuh dengan air.Kami pun ape lagi,berendam dalam parit sambil tangkap ikan.Yela..kami duduk kampung,mana laa ada swimming pool..xde swimming pool,swimming parit pun cukup laa..kami balik rumah dengan baju basah,cepat-cepat masuk dalam bilik air.Kalau nasib tak baik,mak nampak,memang kena hambat kat situ jugaklah..Bila malam je,mulalah kami dua beradik sengal-sengal badan n sakit kaki.huhuh..haru jugaklah time tu..mak dah malas nak marah..iyelaa..dah tengok kami ni buat muka sardin..Tapi tu laa...kadang-kadang bile teringat semula benda-benda ni saya tersengih sorang2..Tengok generasi sekarang ni xada peluang nak nikmati kenangan macam masa kiteorang kecik-kecik dulu.Sekarang,budak umur 4 tahun pon da reti main PSP..Teknologi semakin canggih dan zaman pon makin berubah..Budak-budak sekarang pon ramai yang dah duduk bandar dan bergelumang ngan mainan2 canggih..ape2 pon,kenangan masa kecil adalah sesuatu yang sangat bernilai buat saya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...