Monday, February 23, 2009

permata...

Semalam aku mimpikan mak..Tengah malam dalam pkul 2 pagi aku terjaga dari tidur.Tanganku terasa kebas kerana aku tidur berbantalkan lengan..Kalau di rumah.mak akn kejut kalau aku tidur menghempap lengan..aku duduk dan berfikir panjang..macam-macam persoalan timbul di benakku..sihat kah emak?ayah?Tiba-tiba hatiku dipagut sayu..rindu.Pagi-pagi selepas waktu pejabat bermula,aku terus menelefon emak..suara emak di hujung talian kedengaran ceria..rindunya...
Mak selalu pesan,jaga diri di tempat orang..Kalau kita buat baik dengan orang lain,i-Allah..Allah akan bagi balasan yang setimpal..
Mungkin sebab duduk berjauhan,aku jadi lebih menghargai orang yang aku sayang..lebih-lebih lagi,sepanjang praktikal ni,aku tnggal dengan family org lain,ak sangat-sangat rindukan masa bersama keluarga sendiri.Bila umur kita semakin dewasa,bermakna umur ibu bapa juga sudah meningkat.Waktu inilah kita berlumba-lumba untuk membalas bakti mereka.Tapi sayangnya,anak-anak muda zaman sekarang sudah hilang rasa hormat pada ibu bapa.Lebih menyedihkan ada yang lebih mementingkan teman wanita/teman lelaki berbanding ibu bapa sendiri.Nauzubillahiminzaalik..Jauhkanlah aku daripada sikap itu..Ibu bapa adalah permata yang paling bernilai...n tiada galang gantinya...

p/s Yakin ke kita kekasih yang kita sayang tu bole jamin kehidupan kita pada masa akan datang?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...