Wednesday, June 8, 2011

Move on?Kau betul-betul tau ke ape maksud dia?


Pagi yang cerah.Tak panas dan sedikit redup.Memang best kalau tidur balik ni..Tapi..yelah,anak dara duduk rumah yang ayu, buat perangai macam ni memang jangan haraplah mak korang nak kasi kahwin cepat-cepat.

Okey.Korang tau ape itu move on?Hehe.Aku sure ada yang tak betul-betul tau istilah ni dalam percintaan yang patah-patah.Heh~cakap orang.Aku sendiri pon baru tau perkataan ni lepas aku putus cinta.Err..pernah bercinta ke aku?Eh,tak laa..takla..DUSH~

Move on ni banyak je definisi dia.Tapi untuk orang-orang yang putus cinta,move on ni adalah time untuk mereka menuju ke destinasi baru setelah ditinggalkan oleh kakasih yang pernah disayang-sayang suatu ketika dahulu.

Destinasi baru?Pindah ke apa?

Mestilah bukan!Takkan lah setiap kali kau breakup,nk pindah.Ingat senang ke nak cari rumah sewa.Okey.Senang cerita,move on ni kira macam satu fasa baru iaitu berhenti berharap kepada orang yang telah mengecewakan kita.Yeah!jangan dok crying over broken things.Dah pecah,ape kau ingat bole lekat balik?

Ni hati la weh.Bukan seramik China.Pasu tu pon,kalau pecah,kau dok lekat memang bercantum.Tapi rupa dia hodoh kan?Ada kesan retak-retak.Hati manusia ni fragile,once broken considered your whole life-pinjam kata-kata MR.K.

So apa yang kita nak buat untuk move on ni?



Actually,depends gak.Setiap orang ada cara yang berbeza untuk move on.Ada yang jenis drastik,and ada jenis lembab,move on dalam kelajuan 30km/j.So,kalau ada orang yang baru lepas putus cinta and korang still nampak dia hang out dgn girl/guy yang yang dah hancur leburkan hati dia,jangan terkejut.Maybe dia tengah move on,tp pada kadar kelajuan yang agak laju sikit dari siput.(saje nk sedapkan hati)Tapi cara macam tu agak merbahaya sebab hati manusia kan tak tetap.Mulut kata lain,tapi dalam hati ada taman.Sebenarnya terpulang pada setiap orang,macam mana dia kawal emosi sendiri.

camane ek?

6.Be nice to yourself.

Betul!Buat baik la kat diri sendiri.Yela,jangan dok terperap kat rumah,bukak lagu DMasiv,sambil bertongkat dagu duduk depan PC.Jangan sebab frust kau tak makan berhari-hari.Ingat ..bunga tahi ayam bukan sekuntum,kumbang bertanduk bukan seekor.Menangis tu boleh,tapi jangan sampai kau dah tak rupa orang.Tengok muka korang kat cermin.Bagi semangat kat diri sendiri,and dont let yourself down.Jangan sebab heart break,korang tak makan berhari-hari.Just be nice to yourself,get a new hobby , cool stuff,etc.Sebab apa?Sebab diri kau begitu berharga.Yaww.

5.Yakinkan diri.He/she is not the one for you.

Kenapa?Masih tak percaya?Apa pon,kita kena yakinkan diri kita,he/she is not the one for us.Memang kadang-kadang susah pon.yela,susah nak jumpa orang yang ada (kimia?) dengan kita.Urgh~kimia tak kimia.Kalau dah jadi macam ni tak ke kau orang rasa nak simbah bahan kimia(macam asid) kat orang yang dah kecewakan kita?

A large portion why you can’t move on is probably because you keep seeing him/her as “the one” for you. You just can’t see yourself with anyone else but him/her.

Owh..sebab tu ke?Tu yang rasa berat sangat eh?Memang betul pon.Tapi kau kena fikir juga,sampai bila?You will never let them go until you say goodbye to their shadow.Kalau bercinta bagai lupa dunia pon,ada ke apa-apa yang boleh jamin He/She is the one for us?Fikir baik-baik.

4.Reducekan contact,kalau xcontact langsung lagi bagus.

Well..maybe cara ni agak payah nak dibuat sebab biasanya lepas break up,we will missed our routine.Yelah,setiap hari dok berkepit dengan phone,hujung minggu,tak pon 2-3 hari keluar makan sekali.Betul tak?ke tak betul?Macam ni lah.Ape kata kau orang pergi sorok phone jauh-jauh.Jangan dok berkepit dengan phone mcm dulu.Kalau boleh elakkan berjumpa dengan korang punya bekas(EX).Tapi kalau dah terjumpa nak buat macam mana ye tak?Mak aku selalu pesan,be professional.Jangan masam muka.Aku?Aku kan anak mak.Mestilah dengar cakap mak.

3.Meeting new people.

Isolate?Please.Thats not a way to heal your broken heart.Tak rasa macam berkulat ke duduk mengasingkan diri lama-lama.Apakata korang keluar,berjimba bersama kawan-kawan sejantina,then,meeting new people.Err..maksud aku,janganlah korang pergi clubbing or head banging concert yang menyalahi hukum agama.Bukan untuk rebound.Nope.(tapi kalau nak rebound pon apa salahnya).Go get new friends.Maybe cara ni sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress korang yang asyik memikirkan betapa hancurnya hati korang yang dah jadi berkeping-keping itu.

2.Percayalah.Banyak lagi ikan kat laut untuk korang.

Betul.Setakat kerapu merah.Boleh jalan lah.Banyak ikan lain kat laut tu.Pilih je.Kalau tak cukup,ikan sungai pon ada.Huh.Apa pon,korang janganlah putus harapan.Allah dah susun jalan yang terbaik untuk kita.Mungkin sebelum ni kita rasa kita dah jumpa 'the one',tp kalau dah jadi macam ni,anggap jelah korang not meant to be with each other.Maybe there's someone out there for you.Who knows?Doa lah,mudah-mudahan dipertemukan dengan jodoh yang bersesuaian.

1.Bercinta dengan Sang Pencipta.

Patah tumbuh,hilang berganti kan?Tapi yang ini tak akan hilang sampai bila-bila.Kita akan sentiasa merasai kasih sayang dari Dia.Seriously.Korang takkan kecewa.Try to sit down and meditate.Banyakkan lah mengingati kekasih yang tak pernah mengecewakan kita.Terapi jiwa yang sangat best.:)


If you can’t save the relationship, at least save your pride.

:)

Mood:Eh,aku mana pernah bercinta....


6 comments:

Wankgraja said...

Bole caye ke

Unknown said...

Betoi ada ja..yg tak pnh bercinta...

Unknown said...

Sis copy n share bole

Anonymous said...

baik laa tq.

Anonymous said...

tolongg ii gne nk moveon ni😞

aqilah said...

takmauu laa,tutoo moveonn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...