Friday, September 27, 2013

Pergi..

Sudah hampir 3 bulan berlalu pergi.Mungkin masa itu sangat cepat berlalu sehingga kita tidak sedar apa yang telah kita lalui.Dia nampak ceria,tapi aku tahu jauh dalam hatinya terbuku satu perasaan yang begitu sukar difahami.

"Doktor cakap,cuma ada 2 jam before i can let her go.Forever."

Yes,i can imagine that.Hanya 2 jam,untuk bersama dengan orang yang paling kita sayang,dan lepas tu kita akan lepaskan dia untuk pergi selama-lamanya.If i were in her shoes, i'll hate the doctor for predicting that ridiculous moments.Tapi aku tahu,dia sudah redha,dan langsung tak menangis masa cerita detik2 pemergian ibunya pada aku.Mungkin erti redha itu menyuntik kekuatan untuknya.Adik-adik perlukan kak long untuk terus kuat.

"Bersyukurlah korang semua ada mak.Pernah sekali aku nak balik kerja cepat2 nak jumpa mak aku.Bila sampai kat kereta,baru aku teringat,mak aku dah tak ada."

Aku semakin pelik dengan senyuman yang terukir di bibirnya.Pelik kerana dia mampu bercerita.Sedangkan jika aku berada di tempatnya,usahkan bercerita,sebut perkataan emak sahaja sudah cukup buat aku menangis sebaldi.Dia tabah.Sangat tabah.Pemergian Makcik Su buat aku berfikir panjang tentang singkatnya kehidupan kita di dunia ini.Segala pinjaman yang Allah beri akan kita pulangkan bila tiba saat dan waktunya,termasuklah ibu bapa kita.

"If only i had a chance to be with my mom again,i would never says no when she asked me to do anything"

Ada sendu di hujung suara tapi dia berjaya menelannya dengan senyuman.Air mata aku mengalir makin laju.










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...