Friday, January 28, 2011

Cinta kerana Allah..


"Kahwin kerana Allah, bukan kerana nafsu... macamana tu, kak? Realitinya ada keadaan macam ni?" Menarik juga persoalan yang masuk ke dalam mesej pesanan ringkas saya dan saya ingin berkongsi pendapat tentangnya dengan pembaca iluvislam. Isu ini cukup menarik dibincangkan terutama sempena bulan Februari tidak lama lagi, di mana seluruh dunia menyebut tentang Hari Kasih Sayang atau Valentine yang jatuhnya pada 14 Februari. Walau apapun, Februari atau tidak, menyambut Hari Kasih Sayang atau tidak... isu cinta, kasih sayang dan perkahwinan adalah isu sejagat yang tetap segar sepanjang zaman.

Persoalan cinta, kasih sayang dan perkahwinan tanpa 'dicemari' nafsu adalah konsep ideal, indah serta menjanjikan kebahagiaan sejati yang ingin sekali dinikmati serta diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kekeliruan melanda fikiran ketika kita mahu mempraktik atau merealisasikannya dalam kehidupan seharian. Akal sering tersilap menilai dan mata lahir pula sering tertipu. Garis pemisah antara niat 'kerana Allah' dan 'kerana nafsu' dalam proses membuat keputusan untuk bernikah, sama ada 'cinta sebelum nikah' atau 'cinta selepas nikah' begitu kabur kerana ia adalah 'soal hati' yang sukar dijangkau akal biasa dan mata lahir.

Rumahtangga, rumah dan bilik air

Istilah 'rumahtangga' menggambarkan rumah berserta keluarga yang menghuninya. Rumah sahaja adalah bangunan fizikal yang tidak banyak maknanya tanpa manusia yang menghuninya. Keluarga tanpa rumah tempat berlindung, walaupun rumah itu kecil atau dhaif, pasti tidak lengkap dan sempurna. Rumah adalah keperluan untuk perlindungan dari hujan dan panas, tempat istirehat fizikal, fikiran dan juga perasaan.

Dalam rumah terdapat beberapa... bilik tidur, dapur, serambi, ruang tetamu, bilik bacaan, bilik air dan beberapa bahagian tambahan yang lain. Sedar atau tidak, bilik air adalah keperluan yang sangat kritikal dalam sebuah rumah. Bilik air mungkin tidak 'popular' dan bukan pilihan utama untuk dijadikan tempat berlama-lamaan, namun kehidupan manusia menjadi resah dan tidak selesa tanpa 'mengunjunginya'. Kelegaan yang dirasa selepas qadha hajat di bilik air memberi kesan kepada semua aktiviti yang digemari dalam rumah tersebut.

Antara membina rumah dan membina bina bilik air

Saya suka mengambil sebuah rumah fizikal sebagai metafora untuk menggambarkan rumahtangga yang didirikan atas niat 'kerana Allah' atau 'kerana nafsu'. Ketika membina rumah, hasrat utama adalah untuk ada tempat berlindung dari hujan dan panas, supaya keluarga dapat hidup dengan selesa. Keseluruhan bahagian rumah tersebut umpama rumahtangga yang dibina. Tanpa bilik air pasti tidak lengkap. Namun tentu suatu yang tidak kena jika rumah dibina dengan hasrat utamanya untuk membuat bilik air semata-mata dan bahagian rumah yang lain sebagai sampingan. Metafora inilah yang cuba saya gunakan untuk membezakan niat antara kahwin 'kerana Allah' dengan 'kerana nafsu'.

Jika bilik air sebagai niat utama, ini ibarat kahwin 'kerana nafsu'. Jika demikian maka pembinaan 'rumah' itu adalah semata-mata untuk buang air. Sebaliknya, jika niat utama adalah membina sebuah rumah yang lengkap dengan semua bahagian termasuk bilik air, ini ibarat niat kahwin 'kerana Allah'. Dalam keadaan niat seperti ini, buang air adalah pelengkap kepada keseluruhan fungsi utama rumah sebagai tempat perlindungan. Niat ini lebih menyeluruh dan mengambil kira banyak faktor.

Tambahan lagi, manusia tidak membina rumah bermula dengan membina bilik air, tetapi dimulakan dengan asas atau foundation yang kukuh, lantai, dinding dan bahagian-bahagian utama. Begitu juga dengan pembinaan rumahtangga – ia mesti bermula dengan asas yang cukup kukuh supaya tidak mudah runtuh. Misi dan visi pembinaan rumahtangga seharusnya diambil kira sejak dalam proses memilih pasangan.

Misi dan Visi Perkahwinan

Ikatan perkahwinan merupakan ikatan antara dua manusia berbeza jantina, maka semestinya ia mesti berlandaskan misi dan visi penciptaan manusia itu sendiri iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah di mukabumi. Selaras dengan dua misi penciptaan manusia, maka misi dan visi perkahwinan adalah sebagai pembentukan keluarga sebagai 'team work' melaksanakan misi hamba dan khalifah dalam perjalanan menuju akhirat. Inilah asas yang paling kukuh dan niat yang paling murni 'kerana Allah'. Ini bermakna perkahwinan adalah suatu tanggungjawab.

Untuk memikul pertanggungjawan sebagai hamba dan khalifah, pastinya pelbagai halangan, rintangan dan beban yang terpaksa dipikul bersama. Oleh itu, sangat penting wujud rasa cinta dan kasih sayang sebagai pengikat antara suami, isteri, anak-anak dan seluruh keluarga. Cinta dan kasih sayang adalah anugerah dari Allah yang Ar Rahman dan Ar Rahim kepada hamba-hamba-Nya. Ikatan rasa cinta dan kasih sayang menyebabkan beban yang terpikul di bahu terasa ringan, kemarahan yang mungkin timbul antara pasangan dapat diredakan dengan kemaafan.

Ekpresi kasih sayang antara manusia terluah dalam banyak bentuk termasuklah hubungan seksual yang dihalalkan melalui akad ijab dan kabul. Persepsi 'nafsu' dalam kefahaman kebanyakan manusia dikaitkan dengan hubungan seksual serta isu-isu berkaitan dengannya. Dengan lafaz akad nikah, ekpresi kasih sayang dalam bentuk hubungan seksual dihalalkan, malah diiktiraf oleh Allah sebagai ibadah dan pahala kebajikan. Tanpa ijab kabul, hubungan seksual meyandang label jijik, kotor dan hina.

Kerana Allah – merujuk kepada peraturan-Nya

Niat 'kerana Allah' dalam percintaan dan perkahwinan direalisasikan dengan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t di setiap peringkat prosesnya. Keredhaan Allah sebagai asas ketika memilih pasangan untuk membentuk 'team work' rumahtangga, patuhi segala suruhan dan tinggalkan larangan termasuk dalam aspek pemenuhi tuntutan fitrah keperluan seksual.

Khalifah-khalifah dan hamba-hamba Allah yang lahir dari perkongsian hidup dalam perkahwinan tersebut adalah tanggungjawab pasangan tadi supaya generasi baru ini membesar menjadi manusia yang berfungsi menjadi pemakmur bumi, bukan perosak mukabumi.

Pencemaran dalam niat

Niat 'kerana nafsu' digambarkan oleh keadaan dimana perkahwinan adalah semata-mata untuk memenuhi tuntutan fitrah seksual. Sedar tak sedar, niat 'menghalalkan' hubungan seksual dalam ekspresi cinta dan kasih sayang secara lahiriah kelihatan begitu 'murni'. Ya, sememangnya ini tidak salah... namun jika semata-mata kerana itu, ia ibarat membina rumah bermula dengan membina bilik air sebagai asas utama. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya ada juga peraturan Allah yang diambil kira.

Rumahtangga begini tidak akan kukuh, cepat runtuh, mudah goyah dan akab berkubur begitu sahaja. Persoalan tanggungjawab dengan mudah akan diketepikan. Kebahagiaannya tidak berpanjangan. Rumahtangga akan selalu bermandikan pergaduhan dan konflik. Anak-anak yang lahir dalam suasana ini ini tidak berkembang menjadi khalifah dan hamba Allah yang berfungsi untuk memakmurkan bumi, malah mungkin menjadi generasi perosak muka bumi. Kesudahannya bukan syurga di akhirat malah kesengsaraannya bermula di dunia lagi. Na'uzubillah!.

Kerana Nafsu semata – membujur lalu melintang patah

Ekpresi cinta dan kasih sayang atas dorongan nafsu semata-mata tergambar dalam kehidupan seharian ketika peraturan Allah tidak diendahkan, batas hukum syarak diketepikan, sehingga andai berlaku pertembungan antara hukum Allah dengan keinginan nafsu, hukum Allah diketepikan dan tuntutan nafsu dipenuhi. Membujur lalu, melintang patah... inilah gambaran niat semata-mata 'kerana nafsu'. Anugerah cinta dan kasih sayang dari Ar Rahman dan Ar Rahim dikhianati dengan ekspresi dalam bentuk zina.

Sifat Maha Pengampun Allah dijadikan pertaruhan dalam permainan nafsu

"Allah fahamm... kan dia yang ciptakan kita. Lagipun Allah kan Maha Pengampun..." demikian kata-kata yang lahir dari dorongan nafsu yang bertopengkan nama Allah.

Peluang taubat di eksploitasi semahu-mahunya sehingga terlupa bahawa Allah juga ada sifat Maha Menghukum. Dalam pengaruh nafsu, syurga dan neraka seolah-olah tidak wujud.

Semoga Allah melindungi kita dari pengaruh cinta nafsu semata-mata.

Destinasi akhir ekspresi cinta

Stesen terakhir cinta kerana Allah dalam ikatan rumahtangga adalah syurga yang kekal abadi di akhirat. Sebaliknya, stesen terakhir cinta kerana nafsu adalah neraka yang penuh siksaan. Allah serahkan pilihan di tangan kita yang diberi selendang sebagai khalifah muka bumi.

Allah sediakan syurga untuk manusia tinggal dan Dia ciptakan Neraka sebagai peringatan bahawa ada risiko menanti jika manusia memilih untuk tidak tunduk kepada-Nya. Pilihan yang Allah buka juga berlaku dalam soal ekpresi cinta dan kasih sayang... Semoga Allah memimpin dan memberi taufik dan hidayah untuk kita menikmati anugerah cinta dari Dia yang Ar Rahman dan Ar Rahim.

- Artikel ihsan iluvislam.com

Selamat tinggal chenta hati

Hari ni aku nampak dia.Macam biasa.Aku mampu tengok dari jauh je.Yela,nak pegi dekat-dekat pon buat apa.It was'nt mine..Hu3.Macam pasrah je bunyi nye.Bukan apa.Kena lah sedar diri..betul x?Aku xmampu lagi nak pergi dekat-dekat.

Kenapa?

Maybe sebab aku blaja lagi kot.Jauh lagi nak ke arah tu.Tapi xpe.Ni perasaan je.Perasaan suka yang xdpt nak dibendung.Kalau dah suka nak buat macam mana.Tak effect ape2 pon.Bila fikir-fikir balik,macam ridiculous pulak perasaan aku ni.Maybe sebab dah terpaut hati .Bile terpandang je aku rasa macam ada sesuatu yang menarik aku untuk menoleh ke arahnya.Angau!

Biarlah orang nak kata apa.Janji aku xkacau orang lain.Tak dapat dekat pon takpelah asal dapat tengok dari jauh..Hu3..macam cinta terhalang pulak bunyinye..tapi sebenarnye,xmustahil pon sebenarnya if we want to own something.Ada dua je jalan,samada kerja keras ataupon jadi jahat..Aku taknak laa jadi jahat.Ape pon,aku doa jela,ada rezeki,tercapai laa impian aku tu.InsyAllah..



Aku tinggalkan sebentar cinta yang agak duniawi ni.Maybe aku kena cari alternatif lain yang affordable untuk orang macam aku.












Tak dapat beli,tengok gambar pon cukuplah..
Semoga kita dapat berjumpa Mr.Cooper...





Saturday, January 22, 2011

januari..

Cepatnya masa berlalu.Dah nak sampai penghujung januari pon.Baguslah.Masa takkan pernah berhenti,lagi-lagi nak tunggu orang yang xberapa nak cepat macam aku ni kan?hehe.Bila baca balik blog aku sepanjang awal bulan ni,aku gelak sendiri.Nampak sangat macam blog orang hati patah-patah.Biarlah.Berapa ketul je pon yang baca kan,termasuk diri aku sendiri.

Masih hati patah lagi?Tu sudah tentu.Aku belum jumpa gam gajah nak lekat balik.Biarlah macam tu.Lama-lama nanti bersambung juga.Buat tak layan jela.Banyak lagi benda dalam hidup ni yang aku kena kejar.Hari-hari,setiap pagi keje aku tipu diri sendiri,sampai malam.Yelah.Mana bole layan sangat perasaan.Nanti semua benda tak menjadi.Kenalah menipu.Tipu diri sendiri je pon,bukan orang lain.

Well,i'm single,and i'm okay.Permulaan 2011 yang agak tak best buat aku.Tapi takpe,i've learn many things from it.Tak payah lah kot nak list down sume moral value sebab semua orang boleh evaluate sendiri ape yang perlu kita fikirkan untuk diri kita.Betul tak?Aku percaya,apa yang Allah dah aturkan adalah yang terbaik untuk kita.No doubt on it!(:

Aku sudah mampu tersenyum sekarang.Even kadang-kadang housemate ak cakap macam plastik.Takpe.At least,I'm practising.Kadang-kadang aku xnafikan lah hati taman aku menangis bile dok sorang-sorang.Biase lah tu.Perempuan kan?Haih.Lepas ni aku kena jaga hati ni elok-elok.Kesian hati aku ni dah banyak sangat kesan jahitan(T____T)..Sibuk sangat jaga hati orang,hati sendiri dah berkecai.Aduh~

Ape pon,aku xharapkan apa-apa yang luar biasa jadi kat diri aku ataupun orang lain.Lapang dada dan redha.Itulah doa aku setiap hari.Aku percaya,apa yang jadi semua ada hikmahnya,even kadang-kadang pedih ni terasa juga.Aku kena terima yang aku cuma manusia biasa.Bukan robot yang boleh setting perasaan ataupun mood.Harapnye ni adalah entri terakhir aku untuk bercakap pasal benda-benda sedih ni.Lepas ni,pandang depan,jangan toleh-toleh dah.Senyum,tabah,hadapi dengan tenang.Peace no war~

Wednesday, January 19, 2011

From the bottom of my heart

I dont know why i have to be in this ridiculous feelings for every morning..
I hate it..
I have no courage to dream again..
It will just give me a gloomy face for the whole day..


I think i'm a strong girl..
I can fix my heart by my own..
I will never listen to my emotion whatsoever..

Well...today,I think i'm wrong..
I try to fight but i can't..
I'm sorry cuz i'm crying again..
Its harder to see the same face with a so-called different feelings..

I do miss someone..
I do miss all the good times..
I do miss everything..

I wish i could say those things to the right person...

Even i knew..
I wont get all the things back..
And the most important thing..
I dont want to break the other's heart..



Why i keep thinking about all those things everytime?
I hope my feelings is just a drama..








kek dan hati

Aku suka makan kek
tapi sejak akhir-akhir ni makan kek jadi xbest buat aku..
Kenapa?
Sebab time aku makan kek,mesti aku akan makan hati skali..
Xtau laa kenapa nak kena makan hati..
Byk benda kot..
Harapnye,lpas ni,aku masih dapat makan kek..
Sebab aku sangat suka kek..
cuma taknak laa makan hati skali..
sebab makan hati tu buat kek jadi xsedap..

Kalau xdpt makan kek pon xpe laa...
Asalkan xmakan hati..



Sampai sini je kot..
Rasa macam byk mengarut..



Tuesday, January 18, 2011

Nak cakap melayu balik..


Raya cina dah nak dekat..
memang xsambut pon..
patotnye aku excited sbb dpt cuti n balik kampong..
Tapi kali ni xde perasaan langsung..
Aku pon tak tau kenapa..

Aku nak org lain gembira..
Tapi kenapa aku xsanggup nk dengar kegembiraan tu?
Redha ke aku?
sedih,sayu..
Rasanya xpayah tahu byk benda lg bagus kan?
Sbb kadang2 otak suka buat andaian benda2 yang belum berlaku..


Semoga cepatlah hilang beban ni..
Aku cuma nak berlapang dada..
Berat juga ujian hati ni rupanya..

:(

Allah lebih tahu kan?

The butterfly secrets


Such a nice story and giving me some inpirational of life.Everthing in our life has its reason and purpose. Sometimes it is necessary to go through difficult times in order to learn and grow.keep reading:)


A man found a cocoon of a butterfly. One day he saw a small opening in the cocoon. He sat and watched the butterfly for several hours as it struggled to force its body through that little hole. Then it seemed to stop making any progress. It appeared as if it had gotten as far as it could and could go no further… so, the man decided to help the butterfly.

He took a pair of scissors and snipped off the remaining bit of the cocoon. The butterfly then emerged easily. But, it had a swollen body, and small shriveled wings. He continued to watch the butterfly, because he expected that, at any moment, the wings would enlarge and expand to support the body, which would contract in time. Neither happened! In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a swollen body and shriveled wings. It was never able to fly.

What he had done in his well intentioned kindness and haste and what he did not understand, was that the restricting cocoon and the struggle required to get through the tiny opening were God’s way of forcing fluid from the body of the butterfly into its wings so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.

Sometimes, struggles are exactly what we need in our life. If nature allowed us to go through our life without any obstacles, it would cripple us. We would not be as strong as we could have been, and we could never fly.

Thursday, January 13, 2011

I wrote this for myself



It have been over than 1 week...

whats happened??

i dont want to talk about it cuz its gonna hurt me..

Isolation?
Self punishment?
trying to get over it?
am i that love blind fool?

well..it's not so worth it to think about all those things..
i have to listen to my mind
cuz my emotion will just giving me a false signal right now..


i need to learn how to LOVE MYSELF

hey..
i'm not going to hate anyone..
I'm not trying on totally vanishing YOU from my mind...
i just wanted to heal the wound faster..
This is not the real me..
it might takes several times to clean up my memory..



Be patient...To be continued...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...