Monday, June 6, 2011

why there is no such thing as...


Hari yang mendung,pilu kelabu,macam hati aku..kelabu..kelabu...PAANGGG~

Tak habis2 dengan kelabu.Kau nak sedih kenapa?kan dah kena tampar sekali.Tak habis-habis nak sedih.Sudah-sudahlah dengan drama korea asyik nak melalak 24 jam xberhenti.Apa barang.Baik tengok cerita bawang putih bawang merah.Betul tak?Ke tak betul?

Kata orang,hidup ni macam roda.Ada jugak kata macam roller coaster.Kejap kat atas,kejap terbalik.Ada gembira,ada sedih.Ish.Kenapa mesti nak kaitkan hidup ni macam benda lain?Hidup ni hidup lah.Define it yourself.Huh.Sorry.Emo.Betul.Ini realiti,tak tipu punye.Kadang2 ramai antara kita berputus asa dengan hidup,menyalahkan takdir sebab apa yg di impikan tak jadi kenyataan.

'Kenapalah jadi camni?'
'Aku dengan dia dah lama kot.Mmg perfect couple lah.Tapi last2 cinta terputus di tengah jalan.'
'Selama ni aku penat berusaha.Tapi last2 tak dapat naik pangkat gak kan?dem!DEM!
'Sy betul2 ingatkan dia suka sy..Rupa-rupanya....'

Itu keluhan orang-orang yang mengimpikan 'happy ending' dalam setiap apa yang diusahakan.Siapa taknak hidup gembira tersenyum sepanjang masa?Tapi wujud ke happy ending dalam setiap apa yang di impikan itu?Kalau dalam cerita or drama tu bole lah buat jadi happy ending .Yela,produser drama pon nak jimat bajet gak.Kopak lah kalau asyik nak buat sequel sebab heroin tak habis-habis kena aniaya.Isk~

Berbalik kepada soal happy ending.Wujud ke semua tu di alam realiti?I would like to say,there is no such thing as happy ending in real life.Kenapa?Tak setuju?Maaflah.Ni blog saya.Kalau tak suka,pergi tulis kat blog sendiri.Hehe.Oke..sorry..sorry..i gurau.

Okey.Apehal plak takde happy ending?Dalam cerita cinderella tu bkn happy ending ke?

Ish~mana tau cerita cinderella tu happy ending?Yang korang tengok tu cuma cerita sekerat jalan je.Sampai dia kahwin.Yelah,kalau tengok cerita-cerita seangkatan dengannya,mesti last2 narrator tu ckp they lived happily ever after.Tak ada cerita yang betul-betul untuk life after diorang kahwin.Betul tak?Kan?

Err...Kahwin tu happy ending ke?Happy tu iye,tp ending tu tidak.Manalah tau,lepas kahwin tu si cinderella takde kerja lain,taknak kasut lain,nk beli kasut kaca je.Tak main lah vincci,prada ataupun chadstone.Kan ke tension laki dia kerja nk cari supplier kaca,buatkan kasut untuk bini dia.Last2,si cinderella kena cerai sebab laki dia tak larat nk jaga bini dia yang hi-maintainance.Urgh,jadinya,happy ending ke tidak?

Itu mungkin cerita rekaan.tapi mentaliti nya,kalau kita dapat sesuatu yang kita nak,thats it.That is our happy ending.Nope.Contohnya,bila kita dinaikkan pangkat setelah kita berusaha,mestilah hati berbunga-bunga.Dinaikkan pangkat,end of story?Sudah tentu tidak.Selepas naik pangkat,memang gaji naik,kadang-kadang darah pon naik juga.Yelah,kerja makin banyak,overloaded.takde life dengan family,last2...tak payah lah cerita.Nak tau,sila tonton tipical malay drama.haha.

Memang.Tak semua cerita manusia itu sama.Ada jugak yang naik pangkat,happy je,tak ada lah seteruk apa yang digambarkan.Cuma kita kena beringat.Bila tak dapat sesuatu yang kita nak tak semestinya itu adalah pengakhiran yang tak baik.So,tak payah sedih-sedih sangat kata,my love story have no happy ending because she leaves me for someone else.

Salah tu.Love story bole buat banyak chapter ape.Well..you better move one bro~ramai perempuan hensem yang baik kat luar sana.Jangan terpengaruh sangat lagu love story cik Taylor tu.Aku pon tak faham kenapa orang dok agungkan cinta Romeo and juliet tu,padahal last-last dua2 mati terkapar.Tak happy kan?Hehe.Taknak move on?Takpe..Kalau nak betul-betul happy ending memang ada.

Eh?Ada plak..tadi dia yang beriye kata tak ada..

Ish~bagilaa cerita habis dulu.The REAL happy ending i guess..Tau macamana nak cari?

Seek for GOD loves and HIS forgiveness...InsyAllah..kita akan dapat pengakhiran yang BETUL-BETUL baik.

Apa dia tu?

Husnul Khatimah & Jannah(Syurga)






Mood:Senyum sambil nampak barisan gigi walaupun hati tak berapa nak happy






2 comments:

Red said...

Ltak laa some pict...br interesting. And as always instead of ur own conclusion, try wat some persoalan yg leh wat the reader think.

Bakteria Baik said...

Baekk!!hehe...mekasih encik RED..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...