Monday, September 30, 2013

Kacak

Setiap kali pergi sebuah kedai arab di BBU ni,mesti kami(aku dan achik) dok ushar sorang mamat arab jual kebab.Hazem nama dia.Asal dari Palestine.

Ramai orang datang beli kebab dia.Especially perempuan.Yelah,muka macam Fabregas kot.Boleh bayang tak Fabregas jual kebab?Tengah dok ushar si Hazem ni dari dalam kedai,tetiba ada la sorang kakak ni.Muka macam kakak-kakak gitu.

"Err,how much is this?"

Tanya si kakak penuh minat.

"Lima ringgit saja kakak"

Hazem senyum.Mungkin sebab tengok muka kakak tu terkejut dia boleh cakap melayu.Aku dengan achik pon terkejut jugak sebab selama ni tak pernah tahu dia boleh cakap melayu.

"Eh achik,pergilah ngurat dia.Untung-untung boleh melawat Al-Aqsa"

"Gila kau.Pakcik sorang tu nak campak mana?"

Achik gelak-gelak sambil snap gambar hazem buat wallpaper handphone dia.

"Cakap lah kat dia kau nak kawen dengan Hazem ni sebab nak berjihad.Mesti dia boleh consider punya" Getus aku sambil ketawa

"HAHAH.Untunglah!"



.......


Saturday, September 28, 2013

Lemak yang berlemak.




Setiap kali timbang berat,dan tak puas hati dengan berat yang aku capai,aku akan buat satu teori.A very typical theory.Scaler tu rosak.Itu dulu.

"Yay,berat aku dah naik 8 kilo"


Aku pon melonjak,bersorak gembira setiap kali kawan aku dah gain weight.Ini betul-betul punya gembira,macam 'You'll never walk alone " punya feeling.

Yess.Bukan aku sorang je yang gemuk sekarang.

Sememangnya aku dikelilingi oleh orang-orang yang nak naikkan berat badan.Berbeza dengan aku.I'm just the  other way around.Well,this thing would never makes me pressure at all.This is waay better than having skinny friends yang tak habis-habis cakap dia dah gemuk setiap kali berdiri atas scaler.Bakal pesakit anoreksik.Mungkin.

Orang kurus berpenyakit.Orang gemuk pon berpenyakit.Sometimes,the number on scale is doesn't matter.


Be healthy.Instead of  being skinny.

Kesian orang berisi selalu kena diskriminasi.


.......















Friday, September 27, 2013

Pergi..

Sudah hampir 3 bulan berlalu pergi.Mungkin masa itu sangat cepat berlalu sehingga kita tidak sedar apa yang telah kita lalui.Dia nampak ceria,tapi aku tahu jauh dalam hatinya terbuku satu perasaan yang begitu sukar difahami.

"Doktor cakap,cuma ada 2 jam before i can let her go.Forever."

Yes,i can imagine that.Hanya 2 jam,untuk bersama dengan orang yang paling kita sayang,dan lepas tu kita akan lepaskan dia untuk pergi selama-lamanya.If i were in her shoes, i'll hate the doctor for predicting that ridiculous moments.Tapi aku tahu,dia sudah redha,dan langsung tak menangis masa cerita detik2 pemergian ibunya pada aku.Mungkin erti redha itu menyuntik kekuatan untuknya.Adik-adik perlukan kak long untuk terus kuat.

"Bersyukurlah korang semua ada mak.Pernah sekali aku nak balik kerja cepat2 nak jumpa mak aku.Bila sampai kat kereta,baru aku teringat,mak aku dah tak ada."

Aku semakin pelik dengan senyuman yang terukir di bibirnya.Pelik kerana dia mampu bercerita.Sedangkan jika aku berada di tempatnya,usahkan bercerita,sebut perkataan emak sahaja sudah cukup buat aku menangis sebaldi.Dia tabah.Sangat tabah.Pemergian Makcik Su buat aku berfikir panjang tentang singkatnya kehidupan kita di dunia ini.Segala pinjaman yang Allah beri akan kita pulangkan bila tiba saat dan waktunya,termasuklah ibu bapa kita.

"If only i had a chance to be with my mom again,i would never says no when she asked me to do anything"

Ada sendu di hujung suara tapi dia berjaya menelannya dengan senyuman.Air mata aku mengalir makin laju.










I can read maps,but..



"Awak tahu jalan tak?"

Default question Mr.driver setiap kali keluar berjalan tak tentu hala tujuan.

"Tahu.Kot."

Seperti biasa,muka konfiden yang tak seberapa.

"Lepas ni belok kiri,lepas traffic light tu belok kanan."

Aku masih ingat jalan ni sebab pernah sesat masa bawak mak dengan achik keluar jalan-jalan.Achik membebel kat aku sebab tak reti beza kiri dan kanan.

"Lepas tu,belok mana pulak?

Aku diam sekejap bila  driver tanya lagi skali.GPS mode dalam otak aku memang pause sampai lepas traffic light belok kanan.tu je.

"So,can i use my own GPS now?

"Yes,sure.Navigation failure"

Aku jeling meter minyak sambil berdoa minyak tak naik harga lagi.


......




Monday, April 8, 2013

No more lesen P

Sebenarnya dulu saya sangat takut nak pegang stereng.
Dalam masa setahun boleh kira berapa kilometer je saya mampu bawa. 
Saya ini manusia yang cepat kalut dan cemas.
Dua kali buat kereta ayah kemek.
Rasa takut sampai setiap kali pegang stereng saya mengucap awal-awal.
Orang cakap tu simptom trauma.Entah.

Lepas habis belajar,saya tekad nak beranikan diri.
Masa first day  kerja saya minta restu kat mak ayah,nak drive.
Ayah didnt allow me to do so as he know how careless i am.
As usual.
Saya naik bas awal pagi dan serius saya boring.
Hari ketiga kerja ayah nak test driving skill saya,bawak kereta dari bus stand sampai rumah.
Masa nak dekat sampai rumah,entah macam mana saya gagal nak potong kereta depan.
Kereta datang dari arah bertentangan siap dah buat hi-beam.Nyaris.
Nasib baik jalan  tu lebar.
Nasib baik juga saya cuma bawak viva.
Ayah bising .Saya diam.Rasa loser sekejap.

Terus.Lepas tu memang mak ayah dah tak percaya saya bawak kereta.
Bahaya.Saya cuai.Mata tak awas.
Sampailah satu hari abang cakap pada ayah,why shouldnt they give me a try.
Sampai bila tak nak percaya saya boleh drive?
Ayah bagi kebenaran.Tapi saya tau hati dia risau.
Ye,kalau saya dah ada anak nanti pon mesti saya ragu-ragu nak lepaskan dia drive sorang-sorang.

Akhirnya,genap 5 bulan kerja i managed to drive alone.
Masa first time bawa kereta esoknya kaki saya lenguh.Satu badan pon lenguh.
Yelah,bawak kereta 3 pedal.Tempuh jam.
Pergi balik kerja dah makan dua jam.
Dua hari lepas tu saya demam.Culture shock mungkin.Heh.

Ayah pernah cakap kat saya,nanti bila kita dah lama pegang stereng,barulah boleh synchronize tangan dengan tayar.
Betul lah tu.Now i got my self confidence to drive.
Bila dah lama memandu,kita dah boleh belajar body language kenderaan lain.
Belajar macam mana nak jadi gentleman dan sabar atas jalan. 

Saya masih belajar.Belum profesional.


Tak ada lah susah mana pon bawak kereta.Kan?
Lawan lah ketakutan.Anda mampu mengubahnya.


Dont drive and drunk.
 


Prolog

3 kali masuk password baru log in.
Tandanya blog ni dah berhabuk.Lama gila tak update.
Sebenarnya dari siang tadi dah terfikir nak menulis semula.
Idea mencurah-curah datang,tapi masa terkekang.
Waktu kerja.Kalau sakan menaip kan tak manis?
Hehe
Saya memang dedikasi orangnya.
Kadang-kadang kelakar juga.

Izinkan saya mengupdate blog kembali.
Saya janji,lepas ni dah tak ada cerita patah hati.
Cuma khabar gembira yang akan dikongsi.
Ewahh.

Jumpa lagi nanti?
:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...