Monday, September 30, 2013

Kacak

Setiap kali pergi sebuah kedai arab di BBU ni,mesti kami(aku dan achik) dok ushar sorang mamat arab jual kebab.Hazem nama dia.Asal dari Palestine.

Ramai orang datang beli kebab dia.Especially perempuan.Yelah,muka macam Fabregas kot.Boleh bayang tak Fabregas jual kebab?Tengah dok ushar si Hazem ni dari dalam kedai,tetiba ada la sorang kakak ni.Muka macam kakak-kakak gitu.

"Err,how much is this?"

Tanya si kakak penuh minat.

"Lima ringgit saja kakak"

Hazem senyum.Mungkin sebab tengok muka kakak tu terkejut dia boleh cakap melayu.Aku dengan achik pon terkejut jugak sebab selama ni tak pernah tahu dia boleh cakap melayu.

"Eh achik,pergilah ngurat dia.Untung-untung boleh melawat Al-Aqsa"

"Gila kau.Pakcik sorang tu nak campak mana?"

Achik gelak-gelak sambil snap gambar hazem buat wallpaper handphone dia.

"Cakap lah kat dia kau nak kawen dengan Hazem ni sebab nak berjihad.Mesti dia boleh consider punya" Getus aku sambil ketawa

"HAHAH.Untunglah!"



.......


1 comment:

Anonymous said...

Salam,

Boleh saya tahu, kebab yang dijual tu jenis yg macam wrap tu ker?

Kalau betul, boleh bagi tahu x kat area mane kedainya n waktu die beroperasi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...